|
Buntunya aku..Apa yang dah aku buat nih....Sehinggakan dia merubah begitu ketara... Adakah kehadiran aku dlm hidupnya menjadikan hidupnya lebih Huru hara...Apa yang harus aku lakukan penin penin penin Nak aku tinggalkan Dia rasanya tak sampai hati Ya Tuhan apa yang harus aku lakukan,, Adakah kedatangan aku dalam hidup dia menambahkan lagi masalah....Adakah tugas mu terganggu? pangkat mu terganggu? kedudukan mu sebagai seorang yang disegani, tergugat ? Aku ingin benar menjauhkan diri dari mu,,namun apakan daya aku terfikir mungkin aku menghilangkan diri dgn tiba2 kau lebih menjadi perindu yang sering merindu BINTANG nya Tahukah kau dlm hidup aku kau terlalu istimewa...Mana mungkin aku melupakan mu begitu sahaja...Namun aku buntu setelah apa yg berlaku pada diri mu membuatkan kau berubah hanya kerana aku...segalanya berubah sekelip mata...Timbullah rasa dalam diri aku yang kehadiran aku menambahkan lagi bebanmu... kau seorang yg begitu disegani..namun dgn hadirnya aku dlm hidup mu..harian mu sering mengejar mencapai sesuatu yang begitu dihargai dlm hidup mu,,, Aku bangga bila kau berikan sepenuh rasa ingatan terhadap ku...Saban hari ada sahaja masalah yang kita kongsi bersama..keakraban kita membuatkan aku rasa terharu..Namun aku tak mampu untuk kekal selamanya...Sebolehnya aku tak nak menyusahkan kau lagi...Andainya kau mencari aku tidak ketemu usahlah kau terus mencari dna mencari....Barilah peluang pada diri kita sendiri untuk ada kehidupan yang lebih bahagia serta selesa...Binalah semula keyakinan dlm hidup mu yang kau juga mampu peroleh bahagia seperti mana insan yang lain...Jgnlah kau terus menghubungi aku lagi.. Jambangan Indah yang kau berikan..mengingatkan aku tentang erti penghargaan dlm sebuah persahabatan....Masih kekal seperti mulanya jambangan yang kau berikan biar pun setelah hampir sebulan...Takan ku biarkan kelopak nan layu jatuh begitu sahaja... Biarpun sedih dan pedih aku terpaksa teruskan agar kau lebih tenang disana.. Masih segar di ingatan senikata AIR MATA KASIH bila kau mendendangan untuk aku...AIR MATA TIDAK KAN BISA MERUBAH PERJANJIAN ANDAI KASIH, HARUS BERPISAH KECUNDANG DITENGAH JLN, APAKAH KITA TERPAKSA BEKORBAN, DEMI CINTA...SAMPAI MASA YANG MENENTUKAN TANGISAN AKAN REDA SEMULA ..... semuanya tanpa kita rencanakan...
Doa ku agar kau lebih tabah dan kuat untuk hadapi seribu segala kemungkinan... terima kasih dgn sepenuh rasa ikhlas atas segalanya...Sampai kita ketemu lagi di lembaran yang akan datang..
|