Bahagian 1
Erm?benarlah kata orang, warna memainkan peranan penting dalam menentukan mood seseorang. Warna kesukaan atau kegemaran seseorang sebenarnya melambangkan peribadi mereka. Apakah warna kegemaran pasangan anda? Cuba risik dan ketahui warna pasangan anda kerana anda boleh menyingkap peribadinya melalui warna tersebut. Ayuh, tinjau warna pilihan si dia?/DIV>
Warna Putih
Ha?putih itu suci?warna putih juga terbahagi kepada beberapa pecahan atau kategorinya, ada yang suka putih susu, putih salji, putih krim, putih kapas, putih awan dan sebagainya. Walau apapun warna putih kegemaran si dia, dia merupakan seorang yang berfikiran positif dan optimistik. Mereka juga berkebolehan dalam menyeimbangkan kehidupan seharian mereka, antara kerja dan peribadi. Sikap negatif yang dimiliki oleh si peminat warna putih ialah mereka gemar mengasingkan diri dari orang ramai. Hal ini kerana mereka berpendapat bercampur dengan orang ramai, akan menyebabkan mereka bosan dan rasa tidak selesa.
Warna Kuning
Si peminat warna kuning merupakan seorang yang menarik dan penuh aspirasi. Mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan mereka boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Namun negatifnya, mereka amat mudah berputus asa, apabila sesuatu perkara itu tidak dapat diselesaikan. Jika hal ini merunsingkan, hidulah lemon kerana aroma dan warnanya akan melepaskan si peminat warna kuning dari tekanan kerja tersebut.
Warna Oren
Jarang sekali kita dengar ada seseorang yang sukakan warna ini. Tetapi, pastinya ada segelintir dari pasangan kita yang sukakan warna ini. Penggemar warna oren merupakan seorang yang kreatif, sukakan persaingan, aktif dan praktikal dalam melakukan sesuatu. Si penggemar warna oren, merupakan seorang yang suka bersaing dengan sesiapa sahaja. Bagi mereka persaingan secara sihat ini boleh mencabar minda dan menambah pengalaman mereka. Adakalanya juga, mereka kurang memberikan perhatian kepada perkara yang tidak suka dilakukan atau diarah oleh orang lain.
Warna Merah
Warna ini sering dikaitkan dengan sikap yang garang dan tegas, juga berani. Si peminat warna merah adalah individu yang bermotivasi dan mengamalkan gaya hidup yang aktif. Si merah juga digambarkan sebagai individu yang berkebolehan sebagai seorang pemimpin. Erm?memang benarlah si peminat warna ini seorang yang panas baran dan mudah naik angin. Jadi?jangan la anda sengaja nak buat mereka marah, anda sendiri yang akan dapat padahnya.
Warna Hijau
Mereka yang meminati warna ini merupakan seorang yang berperikemanusiaan dan amat prihatin. Biasanya apabila mereka mempunyai masalah, mereka akan merujuk kepada alam sekeliling bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan mereka. Awas, mereka yang meminati warna hijau ini adakalanya tidak boleh dipercayai, biarpun mereka bersikap berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara.
Mana satu warna kegemaran pasangan anda? Jika mereka penggemar warna ungu, coklat, biru dan hitam, tunggulah bahagian kedua nanti. Mungkin anda juga perlu tahu warna-warna yang perlu dielakkan dalam beberapa situasi tertentu, jadi pastikan anda tidak terlepas sambungan artikel ini. Selamat melayari portal kami!