 |
|
Wednesday, February 23, 2005
TIPS MENGHARGAI PASANGAN
Tips ini adalah untuk pasangan yang sah dinikahkan, bagi yang belum tu, boley jugak baca untuk knowledge
1. Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta
tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.
2. Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.
3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
4. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya spt 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini'
5. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.
6. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.
7. Ciuman khas untuk isterimu
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketiak dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.
8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.
9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.
10. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.
Selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan seikhlasnya..........
NasiHat Dari FAUZYNM.
Posted at Wednesday, February 23, 2005 by LadY_PiloT
Monday, February 21, 2005
Bintang
Ku pandang diatas awan
Ku lihat bintang melambai
Ku hulur tangan menggapai... Tetapi tiada sampai
Ku tahu bintang menunggu namun apalah dayaku
Ku hanya mampu meratap
Di dalam ratapan sayu...
Bintang kau jangan bersedih
Bintang kau jangan menangis
Tiada mampu ku ke sana walau telah direncana
Bintang kau tinggi di atas
Ku duduk rendah di bawah
Hidup mu berteman bulan bukan insan kekurangan
Bintang jangan terus begini...
Nanti malam mu tiada berseri
Kita akan tetap bersama untuk selamanya...
Cuma lain suasana
( korus )
Bintang hentikanlah...
Tangisan yang akan menyiksa diriku
Bintang dengarkanlah...
Ada satu pesanan terakhir dariku
Bintang kau pergilah...
Kerna itulah yang terbaik untukmu
Bintang...
Percayalah hanya engkau satu di dalam hidupku
Bintang...
Posted at Monday, February 21, 2005 by LadY_PiloT
Sunday, February 20, 2005
Haa nih nak Citer pasal pengalaman aku kat Jeyy Bee 3 hari..huhhh kalau lah lama aku lepak kat Jeyy Bee boleh giler aku...Aku pi Jeyy Bee pasainya nak tunaikan janji aku dgn sorang brother tu..punyalah Excited aku nak pi Jeyy Bee Sampaikan ticket bus pun dah habis heheh kelakor betul lah... bus yang aku tunggu dah pun sampai...huuhhh punyalah banyak aku beli makanan takut lapor almaklumlah nak jln jauh hhehehee...nasib baik aku dapat duduk sorang...bolehlah landing guna dua seat tuh...Jauh lagi nih nak sampai kurang pun 4 jam..membute syok nih...ishh mana boleh nak buat taik mate makanan banyak lagi nih... apa lagi aku pun bukak stock makanan jengg jengg jengg burger beb..gua makan burger..Apa aku nak buat nih..nak tido tak boleh plak...Aku sembang dgn sorang mamat yg dok kat seat seberang aku tuh...sembang nye sembang aku ngantuk plak......Baru jek nak tertelelap Bus benti lak...Aiseyyy rosak ke? aku baru nak layan tido..adehhh...Rupernya dah sampai MACHAP tempat benti makan abang2 Pilot wakakakkaka..Adehh aku turun arr dapat jugak aku beli satu dua cenderahati dari Jeyy Bee...Satu Jam laGi Nak Sampai jeyy Bee...Adehhh naperlah jantung aku Nih cam rasa nak jatuh jek...waduhhh gamat nih...
Akhirnya sampai jugak aku kat Larkin...wakakakakaa aku call brother tu rupanya dia dah sampai dulu..wakakakaka malunya aku heheh dia yg say hi kat aku dulu adehhhh...malu seot....hikkk hikk nko org tau orgnya aiseyy man boleh tergoda seiii...Tapi tak boleh woooo....Hee hee aku dgn muka tak tau malunya seloroh dgn Brother tu macam dah kenal 10tahun ....hehehehehe sakan borak beb...tak henti2 aku sembang ..agaknya dia pun letih layan mulut kepoh aku nih hehehehhe...ampun kan aku Tuan Thana....
Tibalah kat Hotel dia check in kan aku....Punya baguss dia pun amek bilik sebelah aku jek wakakakaka macam body Guard hehehe lagipun parents aku dah pesan dgn brother tuh soh jaga aku bebaik...Adehhh seronoknya kalau tido nih... Jam ah dekat jam 7pm..nak Kaur jam 7.30pm adehh mandi cepat karang Tuan Thana marah wooo... Aku pun sesiap arr..ishh nak pakai baju apa nih pi KARAOKE hah pakai je lah baju yg ada..terenggg dah siap pun...Aku bersolek tipis jek... Kami terus ke Stulang Laut apalagi makan lo..Laporr..Boleh Tahan sedap gak makanan kat Stulang nih...Pas tu Tuan Thana bawak aku pi Danga Bay adehh syokk nyaaa rasa macam kat Bintang Walk KL plak...Tapi lain tau...Susun Atur setiap benda di atur dgn rapi so senanglah nak carik port yg sesuai...kalau dating2 tuh sesuai sgt lah tuh...hhehehehee...dah janji dgn geng2 dia plak tuh jam 10.00mlm lambat lagi tuh....
Sampai di tempat Karaoke...Kita org sampai dulu..apa lagi bantai nyanyi dulu arrr aku..kang segan lak nak nyanyi...tak sampai 15minit member dia pun sampai waduhh gamat nih...malu pun ada adehh kelu dah nih....tapi aku buat bodoh jek...haa nampaknya boleh ngam nih dgn member dia...kebetulan lak member dia bawak aweks gak haa ada geng arrr...heheheehe aku dha taks egan dah nak menyanyi depan dia org bantai jek nyanyi waduh waduh..syok plak....seronok lo dapat kawan baru....hehehehee
Korang tau sampai jam berapa kami karaoke yang kat satu port tu habis jam 3pagi.rupanya ada lagi sambung kat port lain plak..Dasat tul dia org nih...pi plak kat port lain nih aku rasa kan sampai kol 5kot agaknya....adehh gilo arr dia org nih.....tapi kan syok jugak woo kan selalu pun...
Adehhh sampai kat Hotel plak mata tak leh nak lelap...las las kol 6pagi baru terlena....ni boleh bangun ke ni kol 9am...adehhh larat tak larat aku gagahkan jugak bangun....Korang tau jelah kan aku nih kalau bangun tido mesti nak makan....punyalah lapor aku tahan jek...nasib baik woo aku nyer stock makanan tuh aku simpan dgn Peti Sejuk Hotel haa makan dulu....pas gosok gigi dgn cuci muka hehehhee....
Dah kol 11pagi arr baru kuar Bilik...nak pi Lunch lah konon adehhh....Minum dulu kat Cafe Hotel tu...pas Tuh Pi Kg Melayu Majedee kalau tak silap aku...nak carik makan untuk lunch arr tuh..heheh kat ctu jumpa Abe kawan pada Tuan nih...hehehe syok gak dengar depa ckp stylo Kelate hehehhee entah apa depa ckp aku pun tak tau lantak arr..aku dah lapor nih..makan makan makan sampai habis nasi aku...depa dok borak lagi heheheheh aku dah habis dulu makanan aku...
Adehhh rupanya pi Karaoke lagi..tapi bulan arr tengah hari bute tuh....pasalnya nak kean pi beli baju aku dulu kat Holiday Plaza..punyalah susah nak carik teste aku....ishhh baik shopping kat KL senang gak carik baju2 aku heheh jgn mare arrr.... anyway Thanks .... Dah beli Baju aku rasa mengantuk plak..terus balik ke Hotel...Sambung tido...Apa jadi dgn org sebelah pun aku tak tau agaknya tak tido gak kot...Lantak arr tido nih...Sedar2 dah jam 6petang...Apa lagi kelamkabut bangun mandi nak gosok baju pi Karaoke lagi ..kali nih berembat karaoke dgn team lain plak...adehhh mulanya aku takut gak pasal suara aku kan cam dah serak jek...haaa haaaa suara tetap maintain wooo.....hah lagu apa korang tau aku nyanyi..tenda Biru...Menaruh harapan...Putus terpaksa.. ..haa semer lagu tinggi2 lak tuh bantai lah...Tapi syok arr dengan depa tuh sporting gila...hheehehee depa lagi best woooo....Aku paling suka bila Dia nyanyi lagi BINTANG dari Budak Kaca Mata tu Adehh mengundang seribu satu kenangan pada aku hehehehehehee....Kali nih kena balik awai pasalnya esok pagi2 dah nak balik....Sama jugak macam yg hari sebelumnya...lepas habis kat tempat karaoke tu pi lak kat karaoke lain hehhehee dasat hek......Aku ok jek coz aku rasa happy gila wooo..... Thank You my Tuan Thana hehhehehee...
Balik Balik Balik...hehhhehee..Ni lah pengalaman aku kat Jeyy Bee..Seronok tak terkata walaupun terasa penat lepas tu...Apa Pun terima Kasih pada yang terlibat..terima kasih tak terhingga atas layanan dan jagaan rapi untuk Aku....terima kasih
Posted at Sunday, February 20, 2005 by LadY_PiloT
Monday, February 14, 2005
:: Gadis Ku Sofea part 4 last ::
:: 13 Februari ::
Hai.. esok Valentine's day! Idea nakal muncul dalam fikiran.Aku tekad nak cuba berterus terang dengan Sofea.Ku ajak dia makan malam bersama ku di malam Valentine. Yes!! Dia Setuju!! Saat yang tiba menjelang jua. Kami berjanji di sebuah restoren di KLSS. Dari jauh dapat ku lihat kelibat Sofea menghampiri ku. Ku renung sepasang mata yang berjaya memikat hati ini. Dari wajahnya dapat ku baca keikhlasan hatinya. Aku tekad ingin meluahkan perasaan ku padanya. Biarpun terlalu awal tapi perasaan yang begitu mendalam terhadapnya mengatasi segalanya. Aku mulakan langkah pertama. Aku memulakan bicara dan menghulurkan sebuah bungkusan kecil kepadanya. Sofea merenung ku seolah-olah ingin mengatakan sesuatu.! Dia mengukirkan senyuman dan tertunduk malu. Aku tahu dia mengerti perasaan ku. Sofea, moga kau akan menjadi suri hati Faris Daniel ini suatu hari nanti!.
:: 14 Februari ::
Seprti biasa, aku tunggu dia di LRT. tiba-tiba pintu kereta ku diketuk dan Sofea masuk. Ku jeling jari manisnya. Syukur! Tersarung cincin emas pemberian ku malam tadi!.Tanda dia kini milik ku!!..Sofea.. Aku Cinta Pada Mu!!!!.......
Waduh alangkah terharunya hati bila dihargai sedemikian...
Posted at Monday, February 14, 2005 by LadY_PiloT
Sunday, February 13, 2005
:: 10 Langkah Jadi Gadis Idaman ::
:: Hari tuh aku buat artikel tentang lelaki ni aku bagi tips2 untuk kaum2 Hawa jadi perempuan yang manjadi idaman kaum Adam. Apa yg aku coretkan nih andai ada yg kurang atau lebih aku minta maaf terlebih dahulu.....
MALU...Tidak tahu bagaimana mengatur langkah atau pun takut salam perkenalan tidak berbalas? Hah!! itulah antara maslah yang sering dialami oleh kaum wanita apabila menyimpan perasaan pada seseorang jejaka. Walau pun hati memuja, namun kelu lidah berbicara dan kaku langkah untuk mendekati si dia.. Alahai......
Bukannya apa, terdetik dalam hati, Adakah aku ni menepati apa yang si dia inginkan?". Apa pun, selidik diri terlebih dahulu, adakah kamu mempunyai elemen-elemen penting untuk menjadi idaman hati si dia. Atau kamu perlu memperbaiki diri agar nama kamu terpahat di batasan hati si dia.
LANGKAH 1-
Jadi Diri Sendiri,
Mengapa perlu berlakon dan bersifat hipokrit hanya kerana mahu menawan hati si dia? Sedangkan pada hakikatya setiap manusia yang dilahirkan mempuntai keistimewaan dan kelemahan tersediri.Tak salah kalau kamu menunjukkan kelebihan yang ada pada diri kamu dan memeperbaiki kelemahan yang ada. bukannya mewujudkan sesuatu yang sememangnya tiada pada diri kamu. tak usah menipu si dia semata-mata kamu mahu menambat hati dia. Itu bukannya akan menimbulkan keikhlasan sebaliknya kamu sendiri yang mewujudkan satu penipuan.Memang kamu boleh menipu org lain, tapi HARUS DIINGAT, kamu tidak boleh menipu diri sendiri.Jiwa kamu yang akan memberontak kerana penipuaan yang kamu lakukan itu. Jadilah diri sendiri!.
LANGKAH -
Sifat Feminin
tak dinafikan ramai kaum perempuan masa kini bersifat agresif dan lincah. Namun jangan sesekali mengubah sifat feminin yang berada dalam diri kita. Feminisme adalah sifat semulajadi bagi seseorang perempuan dan harus dikekalkan. Seseorng lelaki amat mementingkan sifat feminin ini jika ingin mencari pasangan hidup, Bagi mereka, lambang seorang wanita sejati terletak pada penampilan dan kelembutannya. Jadi sudah tentu ia boleh dijadikan tarikan utama dalam menambat hati seseorang lelaki. Bukan suka untuk mengekalkan sifat feminin yang telah sedia ada terbentuk dalam diri walau pun kamu seorang gadis yang aktif. dari segi penampilan dan cara pembawaan diri kamu perlulah lebih feminin. Barulah kamu dapat menambat hati si dia.
LANGKAH -
Peka dan Mengambil Berat.
Lelaki mudah tersentuh jika ada seseorang perempuan yang peka dan mengambil berat tentang dirinya. Sikap sebegini juga membuatkan seseorang lelaki terasa diri mereka dihargai dan diperhatikan. Kamu mengambil berat tentang kesihatannya, Penampilan, makan minum dan sering bertanya tentang dirinya. Ops! Mengambil berat tidak semestinya mengongkong atau kamu mengawal pergerakkannya. Jangan sampai si dia terasa, kamu mengawal pergerakkannya. Si dia berhak menentukan hala tuju hidupnya sendiri. Cuma tak salah kalau kamu mahu mengambil tahu dan menyokong apa yang dilakukannya tetapi mestilah perkara yang positif!.
LANGKAH -
Kaya dengan Kasih Sayang.
Kasih sayang sememangnya tidak perlu dibentuk kerana ia sudah pun berada dalam diri seseorang. Cuma apa yg perlu kamu lakukan ialah memperkukuhkan sifat itu dengan lebih mendalam lagi dan implikasikan sifat itu kepada sesiapa yang kamu suka. Lelaki amat menghargai kasih sayang seseorang perempuan terhadap dirinya. jangan segan silu mempamerkan kasih sayang terhadap dirinya. Ada juga cara lain seseorang lelaki mengetahui sejauh mana kasih sayang kamu. Ingat, kaum lelaki amat bijak dalam membuat penilaian dan pemerhatian. dia sering memerhatikan setiap gerak langkah kamu dan dari situ dia dapat mengesan, adakah kamu seorang yang mementingkan nilai kasih sayang ini.
LANGKAH -
Keserasian
Cuba kamu memperhatikan si dia dari setiap sudit. Adakah antara kamu dan si dia mempunyai keserasian dan kesusaian? untuk mencari ' soulmate ' atau pun teman sejiwa,keserasian dan kesesuaian sangat penting untuk memastikan sesuatu hubungan itu mampu bertahan lama dan kekal. Namun, kamu tidak boleh mencipta keserasian kerana ia boleh menjadikan diri kamu hipokrit, jika benarlah kamu dan si dia mempunyai tarikan kimia ( chemistery ), pasti ada keserasian dalam perhubungan.
LANGKAH 6 -
Manja
Ops!! Manja bukan beerti mengada-ngada atau pun tergdik-gedik. tetapi manja sebagai seorang gadis yang memiliki sifat kelembutan, keayuan dan sopan santun. Sebenarnya sifat kemanjaan ini sememangnya sudah tertanam pada diri seseorang gadis. Sebenarnya kaum lelaki bijak mengetahui sama ada kamu manja atau poun tidak melalui pemerhatiannya walaupun kamu tidak mempamerkan sifat sebegitu secara terang-terangan.
LANGKAH 7 -
Seksi
Apakah pengertian seksi bagi kamu? Adakah setakat memakai pakaian yang menjolok mata boleh dikatakan sebagai seksi? Sebenarnya seksi banyak pengertian, bukan hanya dari pakaian sahaja. Seksi boleh dinilai dari perbagai sudut. Sama ada dari penampilan diri, cara berpakaian, ekspresi wajah dan bahasa tubuh. Senyuman dan lirikan mata juga boleh melambangkan keseksian yang mampu memukau pandangan mata seorang lelaki.
LANGKAH 8 -
Berpelajaran atau Berpengetahuan
Walaupun kamu tidak memiliki Ijazah atau pun berkelulusan Universiti, cukuplah sekadar kami ini seorang yang berpengetahuan luas. " Beauty without brain " adalah pepatah yangs ering digunakan pada seseorang gadis jelita tetapi kurang berpengetahuan. Sebenarnya pengetahuan adalah penting dalam pergaulan seharian termasuklah dalam menjalinkan perhubungan dengan seseorang. Jadi bila berbual, pasti tak membosankan kerana ada saja topik menarik yang diutarakan.
LANGKAH 9 -
Bijak Sesuaikan Diri
Bolehkah kamu menyertai dia ke padang bola atu pun pergi berkhemah bersama teman-temannya? Sebenarnya untuk bersama si dia, kamu patut bijak menyesuaikan diri dalam semua situasi. Walaupun mungkin kamu berasa agak tak biasa atau pun gugup, namun kamu harus bijak mengatasi perasaan itu. Si dia juga pasti suka jika kamu boleh menyesuaikan diri dengan orang-orang di sekelilingnya.
LANGKAH 10 -
Matang
Lelaki sukakan perempuan yang matang dari segi sikap dan pemikiran. Contohnya jika kamu tak puas hati dengan si dia, kamu menunggu masa yang sesuai untuk berbincang berdua dengannya. Itu sudah menunjukkan kamus eorang yang matang. Bila bersama dengan perempuan yang matang, biasanya lelaki akan berasa bangga kerana boleh berkongsi cerita, masalah dan apa yang paling penting ialah saling memahami antara satu sama lain.@
Posted at Sunday, February 13, 2005 by LadY_PiloT
Saturday, February 12, 2005
:: Kenali 12 Jenis LelaKi ::
PLAYBOY
--->Penampilan = Jenis lelaki ini sentiasa kemas,trendy serta agak berani memilih warna-warna yang cerah.
--->Hobi = Shopping
--->Biasa di temui = di tempat yang dikunjungi ramai aweks
--->Gadis Pilihan = Pandai Bergaya
--->Mudah diajak ke = Sudah Semestinya shopping.
--->Susah diajak ke = tempat-tempat yang panas seperti tepi pantai.
--->O.K Kerana = Tidak segan untuk dibawa berjumpa dengan teman-teman |
EKSENTRIK
--->Penampilan = Berani tampil lain daripada org lain
--->Hobi = gemar menonton acar2 kesenian teater,dram tarian sbgnya.
--->Biasa ditemui = Panggung pementasan teater
---> gadis Pilihan = " Easy going "
---> Mudah diajak ke = majlis tidak formal dan santai
---> Susah diajak ke = majlis formal
---> O.K kerana = Tidak terlalu menggongkong pasangannya. |
PENJAJAH
--->Penampilan = Bergaya macam bos.
---> hobi = Suka beri arahan kepada org lain.
--->Biasa ditemui di = pejabat
--->gadis Pilihan = Gadis mudah mengikut segaka cakapnya.
--->Mudah diajak = dijadikan teman untuk melakukan sesuatu kerja.
--->Susah diajak = berbual-bual.
--->O.K kerana =Kreatif ketika org lain hilang idea. |
HI- TECH
--->Penampilan = Ada gayanga tersedniri.
--->hobi = Suka tukar barangan elektronik.
--->Biasa ditemui di = Pameran IT
--->Gadis Pilihan = Celik IT
--->Mudah diajak = Mengunjungi pameran IT
--->Susah diajak ke = Pergi ke tempat-tempat yang tidak mempuntai kemudahn IT
--->O.K Kerana = dinamik dan sentiasa mengetahui tentng perkembangan IT. |
IDEAL
--->Penampilan = Sederhana dan sama seperti lelaki yg lazimnya.
--->Hobi = Baca buku ilmiah.
--->Biasa ditemui = di Pejabat
--->Gadis Pilihan = Gadis yang mempunyai ramai kenalan.
--->Mudah diajak =Berbincang isu-isu semasa
--->Susah diajak = ronda-ronda
--->O.K Kerana =Jujur dan berpengetahuan luas |
BERSHAJA
--->Penampilan = Sukakan warna-warna yang konvensional.
--->Hobi = Menonton televisyen dan bermain permainan video
--->Biasa ditemui =Rumah dna perpustakaan
--->Gadis Pilihan = Agresif dan lasak
--->Mudah diajak =Jadi pemandu peribadi
--->Susah diajak = Mencuba sesuatu yang baru.
--->O.K Kerana = Kehidupannya tenang.
|
"EASY GOING
--->Penampilan =Sentiasa bijak memilih pakaian yang sesuai dgn majlis.
--->Hobi =Berhibur dikelab-kelab mlm
--->Biasa ditemu =cafe
--->Gadis Pilihan =Ramah
--->Mudah diajak =bergaul dengan teman-teman
--->Susah diajak = Membina hubungan yang serius
--->O.K Kerana = Mudah serasi dan bijak menyesuaikan diri. |
MANJA
--->Penampilan =Sukakan baju yang bergambar kartun.
--->Hobi = Bermain permainanvideo seperti 'play station'.
--->Biasa ditemui =Pusat permainan video.
--->Gadis Pilihan =Gadis mempunyai ciri-ciri keibuan.
--->Mudah diajak =bercuti
--->Susah diajak =Dijadikan tempat bermanja.
--->O.K Kerana = boleh buatkan kamu awet muda
|
MATCHO
--->Penampilan =Gemar berseluar jeans atau seluar pendek.
--->Hobi = melakukan aktiviti suka lasak seperti mendaki gunung.
--->Biasa ditemui = Lokasi suka lasak
--->Gadis Pilihan =Berdikari dan Feminin
--->Mudah diajak =Back-packing.
--->Susah diajak = Berjumpa dgn teman-teman atau ke majlis yang dihadiri ramai tetamu.
--->O.K Kerana = Kamu akan merasakan diri kamu adalah teman wanitanya yg paling disayangi.
|
IDAMAN GADIS
--->Penampilan =Kemas,rapi,bersih dan bersopan.
--->Hobi =Kerja adalah segalanya dan tidak mempunyai hobi tetap.
--->Biasa ditemui =Pejabat
--->Gadis Pilihan =Cergas,ceria,cerdik dan cantik.
--->Mudah diajak =Berbual
--->Susah diajak = Ronda-ronda
--->O.K Kerana = masa depan kamu lebih terjamin.
|
ATLET
--->Penampilan =Tampil sportif dan mempunyai susuk tubuh yang tegap serta memiliki perot berotot
--->Hobi =Bersenam
--->Biasa ditemui = di Gym
--->Gadis Pilihan =Sekurang-kurangnya tahu serba sedikit tentang olahraga.
--->Mudah diajak =Joging dan bersenam.
--->Susah diajak =Membuang masa dengan kegiatan tidak berfaedah.
--->O.K kerana =Membuatkan kamu sihat dan cergas sepertinya. |
ROMANTIS
--->Penampilan =Bersopan dan gemar berseluar panjang.
--->Hobi =Mengumpul lagu-lagu cinta,menulis dan bersenam
--->Biasa ditemu =Kedai buku dan kaset
--->Gadis Pilihan =Sederhana dan mempunyai 'sense of humor'.
--->Mudah diajak =Tempat-tempat yang romantik.
--->Susah diajak =Berseronok tanpa tujuan
--->O.K Kerana =Tidak menyusahkan org lain. |
Posted at Saturday, February 12, 2005 by LadY_PiloT
|
|
|
 |
 |
|  |
 |
KAWAN YANG SEDANG ONLINE
:: MY MOOD TODAY ::
Ni Lah GhuPerNya TuaN GhuMah BloG Ni..KoraNg BuleH PaNggiL HaKu LadY...AtaU DaTul..Nama KorMeciaL Lah..
Makanan Kegemaran : Mee Bandung
Minuman Kegemaran : Jus Orange
Hobi : Bersukan, Melancong, Mendengar radio
####################################
:: SemBaNg KeNgKawAn Ku ::
|
 |
 |
|  |
 |
 |
 |
|  |
 |
:: BINTANG ::
Bintang
Ku pandang diatas awan
Ku lihat bintang melambai
Ku hulur tangan menggapai... Tetapi tiada sampai
Ku tahu bintang menunggu namun apalah dayaku
Ku hanya mampu meratap
Di dalam ratapan sayu...
Bintang kau jangan bersedih
Bintang kau jangan menangis
Tiada mampu ku ke sana walau telah direncana
Bintang kau tinggi di atas
Ku duduk rendah di bawah
Hidup mu berteman bulan bukan insan kekurangan
Bintang jangan terus begini...
Nanti malam mu tiada berseri
Kita akan tetap bersama untuk selamanya...
Cuma lain suasana
Bintang hentikanlah...
Tangisan yang akan menyiksa diriku
Bintang dengarkanlah...
Ada satu pesanan terakhir dariku
Bintang kau pergilah...
Kerna itulah yang terbaik untukmu
Bintang...
Percayalah hanya engkau satu di dalam hidupku
Bintang...
<:: FoTo aLbUM LadY_PiLoT ::
:: MESEJ @ UCAPAN UTK LaDy_PiLoT ::
|
D |
Delicious | | A | Arty
| | T |
Talented |
| U | Unforgettable | | L |
Lucky |

KawAn LisT
AreDikz ZaI||
MasuEra||
Bell/Asri||
PezalFarAh||
Onizuka||
MinaHCybeR||
PeNggAli_KubOr||
DayU||
CiK_pIaH||
NaNa Ke Tu||
pdayos||
University||
SOC||
TV3||
Sky||
Flight Ticket||
MAS||
Pengantin||
PDRM||
EraRadio||
Cuti Mesia||
HoteL||
Hotel PD||
MYspace||
hi5||
| How to make a DATUL
|
Ingredients:
5 parts friendliness
5 parts arrogance
5 parts beauty |
Method:
Combine in a tall glass half filled with crushed ice. Add emotion to taste! Do not overindulge!
|
::Feveret Chatroom:: * alamak.com* msn masenger * kampungchat.com
:: TIPS HINDARI STRESS ::
*Bercuti bersama keluarga, berendam di dlm bath tab atau membeli belah merupakan cara mujarab utk menenangkan fikiran...
*Manfaat sifat penyayang kamu untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang....luangkan masa dgn teman2...
:: WAKTU SOLAT BANDARAYA KL ::
:: KEADAAN CUACA BANDARAYA KL ::
|
:: KaTa-KaTa PuJaNggA :: |
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk berlajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, Itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jln menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, Itu adalah membuat hidup terasa beerti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai ke berhasilan. "
########################
"Kepada Kawan Kita berikan = KESETIAN,Kepada Musuh Kita berikan = KEMAAFAN,Kepada Ketua Sedialah Kita = BERKHIDMAT, Kepada Yang Muda Kita Berikan = CONTOH TERBAIK, Kepada Yang Tua Kita = HARGAI BUDI MEREKA DAN KESETIAAN, Kepada Pasangan Kita Berikan = CINTA DAN KETAATAN, Kepada Manusia Kita Berikan = KEBEBASAN"
########################
|
|
 |
 |
|  |
 |
 |
|
|
 |