Free Web Page Hit Counter
Georgia Dentist


Sunday, March 13, 2005
:: Bosan Da Tahap Cipan Nih ::

~~~ Wehhh BosanNya Aku...Dah KetandusaN Idea Dah Nih...Aper Nak LetAk Pun Tak Tau Dah....Kawan-KawAn U All Ada IdeA Tak..Meh Arr Kongsi Dgn Lp...Nih daH TahAp CipaN Dah Nih..Blurrr Terus Tak Ada Idea DatAng Nih...~~~~ Hari Nih Bosan Betul Lah Dok Umah..KalaU Tak Tu Aku Lah YaNg Busy Jekkk..Patah Kaki Dah Nih....Aku Plan Ptg Nih Pas Habis Jamuan MakaN-Makan IngAt Nak Pi Expo..Boleh Lah over xpose Ckit..AlmakLumLah ChamPioN MeLaLaK....Masa FiNaL KaraOke Tuh KoraNg Tau Apa Jadi...Haa Nih YanG Mula Aku Nak BukaK Citer nIh..AdaLaH SorAng MinaH Tu Ala-Ala Ziana Zain..Heyyy MinaH Tok Sah BeraNgaN Lah....HamPeH ManJaNg NyaNyi Lagu Ziana Jek..Adehhh Copy Paste betUl Lah..SuaRa SumBaNgSeh BeTul Lah...Dia KomeN Aku NyaNyi Konon Nya Tak Ada Macam SuaRa ArtIs....Hekkk EleH MinaH Tuh..KaLAu Nak TirU SuAra ArtIS Pi Arr JadI ArtIs...Aku KompOm Nyer KaLaU LAh KeNa Dgn RosLan Aziz MaLu Meowww Jek KenA KuTuk SiLaP HarIbuLaN MerAh KeNa HaLaU BaLIk...SorY Lah Aku LePas GeRaM Nih...diA NyaNyi LaGu SeTia Ku DiSiNi...AdeHhhh Makkk ToloNggg SuaRa Dia Tak SaMpAi..PuNyaLah AKu GelakAn DIa..SaMPai Tak SedaR org PaNdaNg Aku..AgaKnYa Org2 RaMaI Tu Cop Aku SakiT MenTal wakkkakakakaa...taPi MaNa YaNg Buter Tu Je Lah Cakap Aku Gilo...Tak NaMpaK Ke Aku Dressing BaiKnya....Nih YaNg BerTaMbaH SemaNgat Nak NyaNyi Suka-Suka nih...Apa LaGi Aku Kan Batu Api PelIta...Aku MinTa Arr DJ Bob Tu pasAng CD Ziana SetIa Ku Disini..Wakakakak DengKi Beb....Aku NyaNyi Arrr..KoraNg Tak Tau Apa Jadi...Haa Jeng JeNg JeNg...Naik SeHh Aku Woo NYaNyi LAgu Tu ..Kena Plak Ada MaMaT Tuh BaGi BeAr..aDeHhh KaLaU CekelAt Syok Ckit..Apa Pun Aku TerIma Jek...Aku Tak LepAs Kan MaMaT Tu  weIII KoraNg Jgn IngaT Aku PelOk Ke Cium Lak MamAt Tu..Aku CuMa AjaK PusIng SeRound Jek...WeeWetttttt Haaa Syok Woooo...MaMaT Tu Pun TerKejut BadaK AiR DaPaT MinUm AiR PePsI Wakakakakakakakaka...TOlong Arr Jgn GosiP....Aku BerJaya MeNgHaBisKan LaGU Tu Dgn BaNggAnYa..JaB Jab Nak Pi TanDas ChecK KoYak Ke Tak Suar AKu...Muahaaahhahahahaa Tu BARu AKu NyaNyi Suka_suKa lom NyaNyi Utk FiNaL..
      TerENgggggggg SaMPaI FiNaL Aku NyaNyi LaGu BaRaNgKaLi DaRi PeNyaNyi DeJa Moss YaNg Tak Ada Remosss heheh Jgn Mare Arrr...Aku NyaNyi NumBer 8...NaMpaKNya SaIngaN SeNgit HaNgit Aku TawaKaL jek...Ada 18 PeseRta...Ha RaMAi Tak RaMai Lah....haaa Haaa SaMpAi turn Minah PerasAn tu...Haa NyaNyi Lagu MadaH BerHeLah lagu ZiaNa Gak...Cam Ner Lah Juri Leh LepasKan Dia Masuk FinaL Nih..Adehh Makan RasuaH Hek....AmpUnn Pak NgaH...SaMPai Tang corus Tuh aiseyy Aku Tak Dapat TahaN Ketawa SamBil terkeluar Angin Kuss Kuss...kain Dia KoYakkk Woooo..Adehhh Free Freee NegOk...hehehehee tu LaH Dia Org yaNg Tak BerDaulaT dgn Aku LaGi...wAkakakaka...
         TiBaLaH Masa YaNg DiNaNti-NanTikAn....DiUmumKan Dari TeMpaT Ke 4...Ehh BukaN Aku...No 3 Eh BukaN Aku..No 2 Lagi BuKan Aku...Ishh Aku Fedap Dah nih..PAsalNya Aku Rasa Aku Tak MenaNg...Lepah Tuhhh depa intro bunYi GendaNg Hampehh Jek.....Aku Dah BanGUn Nak BaLik Dah...Dah SaMpaI Kat Kete Dah...PemeNaNg TeMpat PertAma heheheh ehh Nama Aku Lah muahahahahah Aku Juara Wooo Juara woooo..AdeHhh Kuar LaK Air Mata Kasih cewahhhh Hehehhehehehe....TerIma Kasih Para PenGadIL..mUahahahahahaa...
      

Posted at Sunday, March 13, 2005 by LadY_PiloT
KoMeN CkiT KAWaN (1)  




Friday, March 11, 2005
:: Belengu Di Fikiran ::

Go to fullsize image Buntunya aku..Apa yang dah aku buat nih....Sehinggakan dia merubah begitu ketara...Go to fullsize image Adakah kehadiran aku dlm hidupnya menjadikan hidupnya lebih Huru hara...Apa yang harus aku lakukan penin penin penin Go to fullsize image Nak aku tinggalkan Dia rasanya tak sampai hati Ya Tuhan apa yang harus aku lakukan,, Adakah kedatangan aku dalam hidup dia menambahkan lagi masalah....Adakah tugas mu terganggu? pangkat mu terganggu? kedudukan mu sebagai seorang yang disegani, tergugat ? Aku ingin benar menjauhkan diri dari mu,,namun apakan daya aku terfikir mungkin aku menghilangkan diri dgn tiba2 kau lebih menjadi perindu yang sering merindu BINTANG nya Go to fullsize image Tahukah kau dlm hidup aku kau terlalu istimewa...Mana mungkin aku melupakan mu begitu sahaja...Namun aku buntu setelah apa yg berlaku pada diri mu membuatkan kau berubah hanya kerana aku...segalanya berubah sekelip mata...Timbullah rasa dalam diri aku yang kehadiran aku menambahkan lagi bebanmu... kau seorang yg begitu disegani..namun dgn hadirnya aku dlm hidup mu..harian mu sering mengejar mencapai sesuatu yang begitu dihargai dlm hidup mu,,,Go to fullsize imageAku bangga bila kau berikan sepenuh rasa ingatan terhadap ku...Saban hari ada sahaja masalah yang kita kongsi bersama..keakraban kita membuatkan aku rasa terharu..Namun aku tak mampu untuk kekal selamanya...Sebolehnya aku tak nak menyusahkan kau lagi...Andainya kau mencari aku tidak ketemu usahlah kau terus mencari dna mencari....Barilah peluang pada diri kita sendiri untuk ada kehidupan yang lebih bahagia serta selesa...Binalah semula keyakinan dlm hidup mu yang kau juga mampu peroleh bahagia seperti mana insan yang lain...Jgnlah kau terus menghubungi aku lagi..Go to fullsize imageJambangan Indah yang kau berikan..mengingatkan aku tentang erti penghargaan dlm sebuah persahabatan....Masih kekal seperti mulanya jambangan yang kau berikan biar pun setelah hampir sebulan...Takan ku biarkan kelopak nan layu jatuh begitu sahaja...Go to fullsize imageBiarpun sedih dan pedih aku terpaksa teruskan agar kau lebih tenang disana..Go to fullsize imageMasih segar di ingatan senikata AIR MATA KASIH bila kau mendendangan untuk aku...AIR MATA TIDAK KAN BISA MERUBAH PERJANJIAN ANDAI KASIH, HARUS BERPISAH KECUNDANG DITENGAH JLN, APAKAH KITA TERPAKSA BEKORBAN, DEMI CINTA...SAMPAI MASA YANG MENENTUKAN TANGISAN AKAN REDA SEMULA ..... semuanya tanpa kita rencanakan...
 Doa ku agar kau lebih tabah dan kuat untuk hadapi seribu segala kemungkinan... terima kasih dgn sepenuh rasa ikhlas atas segalanya...Sampai kita ketemu lagi di lembaran yang akan datang..

Posted at Friday, March 11, 2005 by LadY_PiloT
KoMeN CkiT KAWaN (1)  




Wednesday, March 09, 2005
:: Warna Cerminkan Peribadi ::



Bahagian 1

Erm?benarlah kata orang, warna memainkan peranan penting dalam menentukan mood seseorang. Warna kesukaan atau kegemaran seseorang sebenarnya melambangkan peribadi mereka. Apakah warna kegemaran pasangan anda? Cuba risik dan ketahui warna pasangan anda kerana anda boleh menyingkap peribadinya melalui warna tersebut. Ayuh, tinjau warna pilihan si dia?/DIV>

Warna Putih
Ha?putih itu suci?warna putih juga terbahagi kepada beberapa pecahan atau kategorinya, ada yang suka putih susu, putih salji, putih krim, putih kapas, putih awan dan sebagainya. Walau apapun warna putih kegemaran si dia, dia merupakan seorang yang berfikiran positif dan optimistik. Mereka juga berkebolehan dalam menyeimbangkan kehidupan seharian mereka, antara kerja dan peribadi. Sikap negatif yang dimiliki oleh si peminat warna putih ialah mereka gemar mengasingkan diri dari orang ramai. Hal ini kerana mereka berpendapat bercampur dengan orang ramai, akan menyebabkan mereka bosan dan rasa tidak selesa.

Warna Kuning
Si peminat warna kuning merupakan seorang yang menarik dan penuh aspirasi. Mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan mereka boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Namun negatifnya, mereka amat mudah berputus asa, apabila sesuatu perkara itu tidak dapat diselesaikan. Jika hal ini merunsingkan, hidulah lemon kerana aroma dan warnanya akan melepaskan si peminat warna kuning dari tekanan kerja tersebut.

Warna Oren
Jarang sekali kita dengar ada seseorang yang sukakan warna ini. Tetapi, pastinya ada segelintir dari pasangan kita yang sukakan warna ini. Penggemar warna oren merupakan seorang yang kreatif, sukakan persaingan, aktif dan praktikal dalam melakukan sesuatu. Si penggemar warna oren, merupakan seorang yang suka bersaing dengan sesiapa sahaja. Bagi mereka persaingan secara sihat ini boleh mencabar minda dan menambah pengalaman mereka. Adakalanya juga, mereka kurang memberikan perhatian kepada perkara yang tidak suka dilakukan atau diarah oleh orang lain.

Warna Merah
Warna ini sering dikaitkan dengan sikap yang garang dan tegas, juga berani. Si peminat warna merah adalah individu yang bermotivasi dan mengamalkan gaya hidup yang aktif. Si merah juga digambarkan sebagai individu yang berkebolehan sebagai seorang pemimpin. Erm?memang benarlah si peminat warna ini seorang yang panas baran dan mudah naik angin. Jadi?jangan la anda sengaja nak buat mereka marah, anda sendiri yang akan dapat padahnya.

Warna Hijau
Mereka yang meminati warna ini merupakan seorang yang berperikemanusiaan dan amat prihatin. Biasanya apabila mereka mempunyai masalah, mereka akan merujuk kepada alam sekeliling bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan mereka. Awas, mereka yang meminati warna hijau ini adakalanya tidak boleh dipercayai, biarpun mereka bersikap berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara.

Mana satu warna kegemaran pasangan anda? Jika mereka penggemar warna ungu, coklat, biru dan hitam, tunggulah bahagian kedua nanti. Mungkin anda juga perlu tahu warna-warna yang perlu dielakkan dalam beberapa situasi tertentu, jadi pastikan anda tidak terlepas sambungan artikel ini. Selamat melayari portal kami!


Posted at Wednesday, March 09, 2005 by LadY_PiloT
KoMeN CkiT KAWaN (2)  




Tuesday, March 08, 2005
:: Yang mana menggambarkan diri anda ?....WANITA ::

WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.



WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.



WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.




WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.


Posted at Tuesday, March 08, 2005 by LadY_PiloT
KoMeN CkiT KAWaN (1)  




Sunday, March 06, 2005
:: Banyak Citer Lucu Baca Jgn Tak Baca ::

Kahwin
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!!



&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Perut Buncit
"Tak baik hisap jari, nanti perut buncit", itulah kata-kata si ibu setiap kali anak kecilnya Amin menghisap jari. Tujuannya hanya untuk menakut-nakutkan anaknya daripada terus- terusan berbuat begitu. Alhamdulillah, kata-kata si ibu dapat menakutkan anaknya. Amin tidak lagi menghisap menghisap jari." Nanti perut Amin buncit..." katanya apabila ditanya tentang tabiat itu.

Suatu hari si ibu dikunjungi rakannya. Kebetulan tamu itu sarat mengandung. Si Amin tiba-tiba menjerit sebaik keluar dari bilik. "Haaaa! Amin tahu pasal apa perut makcik tu buncit" katanya sambil terus berlalu. Ibu Amin dan rakannya hanya berpandang-pandangan..



&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Kambing Hitam & Kambing Putih
Seorang ge
mbala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Ge
mbala : "Oh, boleh saja" 
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Ge
mbala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Ge
mbala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Ge
mbala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Ge
mbala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Ge
mbala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Ge
mbala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Ge
mbala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih." 
Ge
mbala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Ge
mbala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Ge
mbala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Ge
mbala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)



&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Enjin Boeing
Seorang pemuda yang baru pulang dari bandar ingin membohongi orang kampungnya bahawa dia adalah seorang juruterbang.
Suatu hari dia bertemu seorang tua yang ingin tahu mengenai kapal terbang.
Orang tua itu berkata: "Nak, tolong ceritakan apa kapal terbang boeing tu. Atuk dengar kapal terbang tu ada macam-macam nama. Boeing 747, 737, 707....apa ke benda tu?"
Pemuda itu tersentak lalu mencari akal supaya tembelangnya tidak terbongkar dan lantas berkata: "Ah, mudah tu, tok. angka di tengah tu menunjukkan enjinnya.
"Maknanya, Boeing 747 ada empat enjin, Boeing 737 pula ada tiga enjin." Kata pemuda itu dengan megah kerana dapat mencari jawapan meyakinkan.
Orang tua itu termenung lama lalu berkata: "Kalau gitu nak, Kapal terbang baru Boeing 777 tu ada tujuh enjinlah ye?"
Pemuda itu mengelabah tetapi tetap mempertahankan jawapannya dan berkata: "Ya lah Boeing 777 tu, memang ada tujuh enjin."
Tiba tiba orang tua itu berkata: "Jadi Boeing 707 tu, tak ada enjinlah."
Wajah pemuda itu tiba-tiba merah padam dan terpaksa berkata: "Betullah tu Boeing 707 tak ada enjin."
Orang tua itu ketawa berdekah-dekah kerana telah mengetahui temberang pemuda itu.


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&


Posted at Sunday, March 06, 2005 by LadY_PiloT
KoMeN CkiT KAWaN (1)  




Saturday, February 26, 2005
:: Tips 2 ::

Dalam melayari bahtera rumahtangga, kadang-kadang terasa bahagia dan kadangkala rasa rumahtangga begitu membosankan. Umpama air laut, ada pasang surutnya, ada masa tenangnya dan ada masa gelisah dilanda ombak yang begitu kuat menghempas

Sebagaimana pepatah Melayu mengatakan lidah dan gigi lagikan tergigit, inikan pula pasangan suami isteri. Walau bagaimana agungnya cinta yang dibina dan walau bagaimana erat kasih sayang yang dijalin dan dipupuk, seperti juga hubungan di antara lidah dan gigi mencerna makanan, walau rapat sekalipun namun sesekali tergigit juga.

Pertelingkahan kecil atau ada rasa tidak puas hati di antara suami isteri memang perkara yang mudah berlaku. Tapi kalau dibiarkan berlarutan dan tidak dibendung segera, pertelingkahan kecil akan jadi besar dan akhirnya mengakibatkan kehancuran pada sesebuah rumahtangga.

Seperti ombak kecil, ia hanya akan mengakibatkan kapal terumbang ambing. Tapi kalau ombak sudah besar, mungkin kapal akan ditelannya. Pertelingkahan atau rasa tidak puas hati jangan dibiarkan berlarutan. Tapi sebaliknya hendaklah segera dibendung dan dibaiki oleh kedua-dua belah pihak agar jangan sampai penyakit yang sudah parah baru kelam-kabut hendak dicarikan ubatnya.

Bagi mengelakkan sengketa jadi besar, perkara awal yang perlu dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak ialah dengan memeriksa atau mengkoreksi diri sendiri, apakah punca pertelingkahan itu berlaku? Kajilah, mungkin salah seorang atau kedua-duanya sekali ada terbuat dosa samada di dalam atau di luar rumah, yang zahir mahu pun yang batin. Kadang-kadang dosa yang tanpa disedari itulah yang menjadi hijab dalam mewujudkan ketenangan dan sakinah dalam rumahtangga.



 

 

Kalau suami atau isteri telah berbuat dosa keadaan begini boleh berlaku: Suami pulang ke rumah untuk bertemu dengan isteri. Tentu pulang dalam keadaan letih dan lesu setelah seharian mencari nafkah atau berjuang di tengah masyarakat. Tanpa diduga atau disedari tiba-tiba rasa hendak marah pada isteri yang mungkin tidak sempat hendak berhias atau melihat anak-anak yang tidak terurus.

Manakala si isteri pula bila lihat suami yang balik dalam keadaan marah-marah, ia merasa seolah-olah suami sudah tidak menyukai dan menyayanginya lagi. Maka timbullah rasa hambar dan dinginnya rumahtangga yang telah dibina sekian tahun.

Isteri pula kalau merasa dirinya tidak dihargai lagi, mulalah ia memendam rasa. Maklumlah fikiran wanita singkat dan dunianya tidak seluas lelaki. Masalah yang kecil itu dirasakan cukup berat lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan kerenah anak-anak dan kerja rumah yang tidak pernah selesai. Fikirannya akan bertambah terhimpit dan jiwanya makin menderita.

Lantaran terlalu lama memendam rasa akhirnya pecah terburai juga segala isi hati yang dipendam selama ini. Bagi isteri yang lembut mungkin dilepaskan geramnya dengan kata-kata dan nada memujuk tapi sungguh sinis, tajam dan berbisa sekali. Dan yang lebih dahsyat sekali dihamburkan pada suaminya dengan kata-kata yang kesat, pedas dan kasar. Yang penting hatinya puas. Suami yang tidak mahu sengketa itu berpanjangan mungkin mengambil sikap segera mengalah. tapi sebenarnya hatinya sungguh terluka dibuat begitu.




"Wahai para isteri, adakah kamu sudah lupa bahawa redha suami bermakna redha Allah? Kalau hati suami sudah luka apakah kamu akan mendapat keredhaan Allah? Ingatlah, Rasulullah pernah tangiskan bahawa penghuni neraka kebanyakan adalah wanita yang derhaka pada suaminya.



Kenapa harus tersinggung pada suami walaupun benar suami yang bersalah? Setiap isteri harus memahami bahawa setiap apa yang berlaku semuanya dalam perancanaan Allah walaupun perkara itu kita suka atau tidak. Mungkin dosa yang dilakukan secara sedar atau tidak itulah yang menyebabkan sengketa itu terjadi. Allah hukum melalui tindakan suami yang menyinggung hati. Allah datangkan masalah itu, sebenarnya sebagai penghapusan dosa yang telah kita lakukan. Hukuman dari Allah ini adalah sebagai tanda kasih sayang dari-Nya supaya di akhirat kelak kita tidak akan dihukum lagi.

Untuk itu kita kenalah selalu bertaubat dan mengawasi diri kita dari terjebak dengan dosa samada dosa lahir atau batin. Rasulullah saw seorang yang maksum lahir dan batin terpelihara dari dosa sentiasa bertaubat sehari semalam 100 kali. Lebih-lebih lagi muka macam kita yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat. Oleh itu kita kena selalu menangis dan mengenang dosa kita. Dan Yakinlah setiap yang berlaku itu terkandung seribu hikmah di sebaliknya.

Sekiranya kita telah rasa bersalah segeralah mencari jalan dengan meminta maaf dan memberi maaf pada suami akan ketelanjuran kita itu. Lebih-lebih lagi orang yang banyak jasa pada kita, kenapa harus kita menyusahkannya? Carilah jalan supaya suami kembali redha pada kita dengan berbuat apa sahaja yang disukai.

Ketika itu pertelingkahan kecil dalam rumahtangga selalunya akan membawa kepada kemesraan hubungan suami isteri yang lebih tinggi. Setelah diuji, Allah datangkan pula nikmat dalam rumahtangga. Setelah sengsara berlalu akan datanglah bahagia. Setelah puas menangis kerana menanggung luka di hati, akan datang pula kasih sayang, perhatian dan pujukan dari suami.

Raumahtangga akan kembali tenang dan bahagia. Dan ketika itu jadilah rumahtangga sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah saw iaiatu rumahtanggaku adalah syurg

Dari Puan Nor


 

Posted at Saturday, February 26, 2005 by LadY_PiloT
KoMeN CkiT KAWaN (1)  




Next Page

KAWAN YANG SEDANG ONLINE


:: MY MOOD TODAY ::





Ni Lah GhuPerNya TuaN GhuMah BloG Ni..KoraNg BuleH PaNggiL HaKu LadY...AtaU DaTul..Nama KorMeciaL Lah..
Makanan Kegemaran : Mee Bandung
Minuman Kegemaran : Jus Orange
Hobi : Bersukan, Melancong, Mendengar radio

Prinsip Hidup : Hidup ini penuh dgn halangan. Hakikatnya, tidak mudah utk menjadi senang dan terlalu mudah utk menjadi susah...Apa yang paling penting, kita perlu berusaha dan berjuang utk jadi yang terbaik


####################################

:: SemBaNg KeNgKawAn Ku ::

   





<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30




:: BINTANG ::
Bintang Ku pandang diatas awan Ku lihat bintang melambai Ku hulur tangan menggapai... Tetapi tiada sampai Ku tahu bintang menunggu namun apalah dayaku Ku hanya mampu meratap Di dalam ratapan sayu... Bintang kau jangan bersedih Bintang kau jangan menangis Tiada mampu ku ke sana walau telah direncana Bintang kau tinggi di atas Ku duduk rendah di bawah Hidup mu berteman bulan bukan insan kekurangan Bintang jangan terus begini... Nanti malam mu tiada berseri Kita akan tetap bersama untuk selamanya... Cuma lain suasana Bintang hentikanlah... Tangisan yang akan menyiksa diriku Bintang dengarkanlah... Ada satu pesanan terakhir dariku Bintang kau pergilah... Kerna itulah yang terbaik untukmu Bintang... Percayalah hanya engkau satu di dalam hidupku Bintang...

<:: FoTo aLbUM LadY_PiLoT ::


:: MESEJ @ UCAPAN UTK LaDy_PiLoT ::


D Delicious
AArty
T Talented
UUnforgettable
L Lucky



KawAn LisT

AreDikz ZaI|| MasuEra|| Bell/Asri|| PezalFarAh|| Onizuka|| MinaHCybeR|| PeNggAli_KubOr|| DayU|| CiK_pIaH|| NaNa Ke Tu|| pdayos|| University|| SOC|| TV3|| Sky|| Flight Ticket|| MAS|| Pengantin|| PDRM|| EraRadio|| Cuti Mesia|| HoteL|| Hotel PD|| MYspace|| hi5||

How to make a DATUL
Ingredients:
5 parts friendliness
5 parts arrogance
5 parts beauty
Method:
Combine in a tall glass half filled with crushed ice. Add emotion to taste! Do not overindulge!


::Feveret Chatroom::

* alamak.com

* msn masenger

* kampungchat.com



:: TIPS HINDARI STRESS ::

*Bercuti bersama keluarga, berendam di dlm bath tab atau membeli belah merupakan cara mujarab utk menenangkan fikiran...

*Manfaat sifat penyayang kamu untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang....luangkan masa dgn teman2...


:: WAKTU SOLAT BANDARAYA KL ::


:: KEADAAN CUACA BANDARAYA KL ::
Click for Kuala Lumpur, Malaysia Forecast

[ Read / Sign my guestbook ]
Get a free Guestbook

Free Counters




:: KaTa-KaTa PuJaNggA ::

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk berlajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, Itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jln menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, Itu adalah membuat hidup terasa beerti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai ke berhasilan. "

########################

"Kepada Kawan Kita berikan = KESETIAN,Kepada Musuh Kita berikan = KEMAAFAN,Kepada Ketua Sedialah Kita = BERKHIDMAT, Kepada Yang Muda Kita Berikan = CONTOH TERBAIK, Kepada Yang Tua Kita = HARGAI BUDI MEREKA DAN KESETIAAN, Kepada Pasangan Kita Berikan = CINTA DAN KETAATAN, Kepada Manusia Kita Berikan = KEBEBASAN"

########################






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed